Saturday, July 24, 2010

Satu Malaysia?

Posted by Nur Jessica Nyepit binti Abdullah at 11:05 AM
Dah nak masuk bulan Ogos dah
seminggu je lagi tinggal
pastu masuklah bulan kemerdekaan
Merdeka skang ni dah xde ape makna
bagi remaja2 zaman skarang
menyalahgunakan erti kemerdekaan tu
malam kemerdekaan tu, macam2 lah aktiviti

Manusia plak x habis2 nak berperang pasal agama
manusia yg buat hal, agama pulak yg dikutuk
mungkin cara kita berbeza
tapi tujuan stiap agama itu adalah sama
agama mana yg menggalakkn kita berbuat jahat?
ada ke agama suruh kita merompak? membunuh? membenci?
kenapa agama yg perlu dikutuk?
nak sangat ke berperang? nak sangat ke bermusuhan?
Malaysia satu nama yg indah
negara yg aman satu ketika dahulu
kenapa x dikekalkan keamanan tu?
Di sini tempat kita dilahirkan
tempat kita membesar
tempat kita bersama keluarga
kita boleh berkawan dgn mereka yg bebilang agama dan bangsa
tapi mengapa kita mengutuk antara satu sama lain?
Di sini tempat kita menimba ilmu bersama
kita pelajari sejarah Malaysia
Kita pelajari geografi nya
jadi, apa guna itu semua?

sedarlah semua
manusia punya angkara
janganlah agama dan bangsa menjadi mangsa
kita punya adat dan budaya
jagalah itu semua agar kita tidak lupa asal usul kita
jangan nanti anak cucu kita tidak mengenal bangsa sendiri

Ini adalah buat renungan kita bersama
kerna aku juga manusia yg tidak sempurna
aku juga ada masanya melakukan kesilapan yg sama
Buktikanlah erti Satu Malaysia
janganlah dipersiakan
kekalkan lah keindahan nama Malaysia
fikirkan masa depan kita bersama
kita sama-sama lahir di sini
salahkah kita menjaganya bersama?



Image and video hosting by TinyPic


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES