Friday, July 2, 2010

Luahan mata hati

Posted by Nur Jessica Nyepit binti Abdullah at 4:02 PM

Dalam dunia ni
susah kita nk puaskan hati semua org
nak buat org kecewa sgt senang
nak buat org happy, bukan mudah
macam2 kita lakukan utk puaskan hati org
sama ada dgn cara baik, mahupun cara yg salah

selagi namanya manusia
kita mmg x lari dari melakukan kesilapan
di situlah kita mula belajar
perbetulkan kesalahan
dgn harapan, akan menjadi lebih baik
ada masanya, kita xkan terus sedar
kita mungkin akan ulang kesilapan yg sama
walaupun pada masa itu
kita tahu yg perkara itu adalah salah
itulah manusia

manusia bebas berkata
masing2 ada pendapat yg tersendiri
ada yg berfikiran terbuka
ada juga yg tertutup
tidak lupa juga pada yg singkat pemikiran
manusia selalu menilai dari penampilan
perlakuan dan pertuturan
kadang kala manusia terlalu mudah utk menghukum
kebaikan yg dilakukan
manusia tidak mudah lihat dan ingat
tetapi apabila sekali kita melakukan kesilapan
akan dikenang dan diungkit selama2nya
apakah kata maaf masih ada erti di dalam dunia ini?

Kata janji dan sumpah hanyalah ungkapan
ungkapan yg hanya dilakukan utk meyakinkan
utk mendapatkan kepercayaan
dan juga memperdayakan org
Kata janji bukan lagi sesuatu yg pasti
kata janji sudah tidak selalu diingati
kata janji hanyalah utk dimungkiri
sedangkan manusia kini mudah bermain dgn sumpah
apatah lagi kata janji

Bagi manusia seperti aku
aku juga bnyak berdosa
aku tidak layak ke syurga
ada masanya aku lupa pada Tuhan
lalu terus mengingati-Nya di dalam kesusahan
tetapi Tuhan sentiasa mendengar doa ku
walaupun aku slalu lupa pada-Nya
tidak dapat dinafikan,
Tuhan maha penyayang dan pengampun

Apa kesudahan hidup aku nanti?
seandainya singkat umur ku
apakah aku akan sempat bertaubat?
Seandainya panjang umur ku
apakah aku akan menginsafi smua?
jawapannya hanya pada aku
apakata hati, bagaimana aku memikirkannya?


"Kerana duit kita mengungkit
kerana harta kita buta
dan kerana nafsu kita terburu2"
-Jessica Nyepit-


Image and video hosting by TinyPic


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES