Sunday, July 25, 2010

Liang Lahad

Posted by Nur Jessica Nyepit binti Abdullah at 8:48 PM

Siang tadi aku menonton drama tv
"Liang Lahad" di astro ria
arahan Rashid Sibir
aku jadi terdiam skejap slepas mendengar
ayat dalam crita tersebut
"Sejauh mana pun kita pergi, kesudahannya
ke liang lahad juga"

Setiap yg datang tu akan pergi
dari mana kita datang, ke situ jugalah kita akan kembali
hidup di dunia ini hanyalah sementara
harta dan duit yg dikumpul
hanyalah di bumi yg nyata sahaja
pulangnya kita nanti, dosa pahala menjadi bekalan
Tuhan itu maha pengampun
maha penyayang
Seandainya kita benar2 sedar
Tuhan pastinya akan sntiasa memberi peluang
adakalanya Tuhan memberi petunjuk
dgn memberikan kita dugaan
saat kita kejatuhan
di situlah kita harus sedar
insaf serta bertaubat
Tetapi ada masanya manusia kerugian
peluang yg besar di depan mata
dibiarkan begitu sahaja
seperti tidak dapat menilai
petunjuk yg telah diberikan
Ada juga manusia yg beuntung
seandainya sempat bertaubat
sedar akan petunjuk yg diberikan
sebelum kembali kepada-Nya
Bagi mereka2 yg tidak pernah sedar
akan trus hidup di dunia nyata
tanpa menyedari apa yg menanti mereka
di akhirat nanti

ya, aku pandai berkata2 bukan?
kerna aku sedar
aku juga antara2 manusia yg kerugian itu
aku lupa pada-Nya
aku leka dgn apa yg ada disekeliling ku
aku juga melakukan dosa
sedangkan pahala ku mampu dihitung
kita manusia punya hati, akal fikiran
aku berpendidikan tinggi
tetapi aku semakin bodoh
adakalanya hilang pertimbangan
dalam keadaan yg sedar aku melakukan dosa
Aku hanya mampu mengeluh
kesal dgn diri sendiri
oleh keraba itu
dan ayat ini terus bermain2 di akal fikiran ku

"Sejauh mana pun kita pergi, kesudahannya
ke liang lahad juga"


Image and video hosting by TinyPic


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 comments:

Post a Comment

 

Template Copy by Blogger Templates | BERITA_wongANteng |MASTER SEO |FREE BLOG TEMPLATES